Tuesday 21 April 2009

Taklimat Adat Istiadat @ MOD TC 21/04/09 - 23/04/09

Kementerian Pembangunan, 21hb April 2009 - Taklimat Adat Istiadat telah diadakan di Pusat Latihan, Kementerian Pembangunan (MOD) pada hari Selasa, 21hb April 2009 yang telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai serta Kakitangan-Kakitangan dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Taklimat ini juga telah diteruskan lagi selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 22 dan 23hb April 2009 iaitu hari rabu dan khamis.
---
Taklimat telah disampaikan oleh Ak. Mohd Noor Hamaddi bin Pg Ahmad, Pegawai Adat Istiadat dari Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN), Jabatan Perdana Menteri. Isi kandungan Taklimat adalah mengenai dengan Adat Istiadat Negara, cara-cara percakapan serta pergaulan Diraja, Pembesar-Pembesar negara, Gelaran-Gelaran, Terasul, Bahasa Pengganti Diri dan sebagainya. Taklimat juga diselitkan serba sedikit tentang "Bahasa Dalam" yang mana mempunyai bahasa yang unik dan jarang digunakan serta didengar seperti "Kebasahan", "Barung-Barung", "Jatnyawa" dan banyak lagi. Rata-rata dari peserta yang hadir hanya mengetahui sedikit sebanyak mengenai dengan adat istiadat negara, malahan ada yang langsung tidak mengetahui.
---
Dengan ada nya taklimat seperti ini serta usaha dari pihak Kementerian dan JAIN senderi, ini telah memberi sedikit sebanyak pengetahuan yang berguna kepada Pegawai serta Kakitangan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) khasnya dan diharapkan dengan usaha seperti ini, ia akan dapat diteruskan lagi oleh Kementerian-Kementerian yang lain serta pihak2 Swasta demi untuk mempertahan serta memperkenalkan lagi mengenai dengan Adat Istiadat yang telah lama wujud semenjak Sultan Brunei ke-8 lagi terutama sekali kepada generasi muda masa sekarang seperti Sabda Al-Marhum sendiri ada mengigatkan kita tentang Adat Istiadat ini, iaitu :
---
- " Adat Istiada adalah mustahak dielokkan, dipermolekkan, laila dikembangkan mengikut faedah dan untuk pada mengharumkan atau melailakan negeri istiadat ini "
---
- Petikan dari Pacah News Bulletin, Keluaran 22 April 2009.

Taklimat Adat Istiadat @ MOD TC 21/04/09 - 23/04/09

Taklimat Adat Istiadat @ MOD TC
21/04/09 [Selasa]
0830-1130
Day 1
---





---
---











---









---
---








-
---




Taklimat Adat Istiadat @ MOD TC 21/04/09 - 23/04/09

Taklimat Adat Istiadat @ MOD TC
22/04/09 [Rabu]
0830-1130
Day 2
---