Thursday 14 May 2009

Majlis Penutup Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan 2009

Kementerian Pembangunan, 10 Mei 2009 - Majlis Penutup Hari Mesra Pelanggan telah berlangsung pada 10 Mei 2009 hari Ahad di Kementerian Pembangunan. Majlis penutup telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Pembangunan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan dan juga orang awam.
-
Berbagai aktiviti telah diadakan pada hari terakhir Hari Mesra Pelanggan 2009 tersebut. Antara aktivitnya ialah Tarian Poco-Poco, Horse-Riding, Karaokeing, BBQ dan banyak lagi. Pembukaan acara dimulakan dengan Acara Aerobik Memanaskan badan, dan selepas itu diteruskan dengan aktivi yang telah disediakan oleh pihak Kementerian.
-
Aktiviti yang menjadi perhatian orang ramai ialah pertandingan Tarian Poco-Poco. Pertandingan tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Dewasa dan Kategori Kanak-Kanak. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, termasuk kakitangan Kementerian Pembangunan sendiri telah mengambil bahagian, dan hampir semua yang hadir turut serta dalam Tarian tersebut dan Insyaallah aktiviti seperti ini akan diadakan lagi di tahun-tahun yang akan datang.
---
"Hidup Poco-Poco" hahahah.. ;p
-
- Petikan dari Pacah News Bulletin, keluaran 11 Mei 2009
-
















































































---

No comments: